Friday, December 31, 2010

TAHNIAH SEMUA PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA!!!

Huhu, patut benda nie semalam dah ader kat dalam blog, tapi di sebabkan “kebusyan” yang melampau membaca blog orang lain, smpai blog sendiri tak di update.. hoho.. [bukan ader orang baca pun :( ]


Hari rabu, 29hb December 2010, HARIMAU MALAYA membaham GARUDA Indonesia,dan berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.



Walaupun masa kat Stadium Utama Gelora Bung Karno Indonesia; Malaysia kalah 1-2 kepada Indonesia, Tapi Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Bukit Jalil.

Sangat-sangat teruja masa tengok diorang nie main, dan syabas tok semua ahli pasukan kerana telah berjaya mengharumkan nama Negara MALAYSIA…..



Masa tengok bola nie asyik-asyik pihak lawan di gol Malaysia, nasib gak baik kerana pertahanan yang kuat dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat telah menyelamatkan sepakan demi sepakan dari pihal lawan.. huhu..

lagi-lagi isu laser??? HARIMAU MALAYA tak gentar beb, cik Khairul Fahmi kena laser pun dia FOKUS tau tau tau… tangkap bola pun tangkas+tidak lembik+tidak gentar, walaupun Indonesia berjaya menjaringkan 2 gol..

~~sekali tengok cam apek jepun.. huhu, nasib baik dah berpunya... hoho...~

Hari ini, 31hb Disember 2010, cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki [ tapi aku memang dah cuti pun.. huhuh..]

YEAH!!!! Bangga dengan kejaayan skuad bola sepak Malaysia…. Korang semua memang layak untuk mendapat kejayaan ini…!!!



p/s: dah tangkap cinta tgk khairul fahmi tgkp bola ,lum Ahmad Fahmy pulak ♥, huhu..
TAHNIAH MALAYSIA.

2 comments:

SHaRKFiQ SSM said...

aicece..
nanti suruh r ahmad fahmy tgkp bola laa..heheheh~

btw, dyorg mmg hebat, best tgk match mlm tu~

NurIzza said...

hahahhah sgt2 ar lawak klu fahmy men bola.. haha...


bes kn..pes time aku tgk malaysia yg men bola..