Friday, December 16, 2011

NOVEL: RINDU TANPA KATA AIN MARISSA


Assalamualakum semua!! 

hari ahad nie korg wat per jer?? pi klcc tgk CF tak??? *Comic Fiesta*

Pada yang tak pi tue meh ar baca novel terbaru keluaran SR production nie..  RINDU TANPA KATA oleh AIN MARISSA.. 
sapa dah beli sila angkat kening!! lalalalalal~~~

Jom baca sinopsis dulu..



*Rindu Tanpa Kata, Ain Marissa*


Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya. Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad. Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu. Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu.



*

*

*

Aku beli novel nie selepas aku tgk fan page SITI ROSMIZAH, disebabkan dah lame aku tak beli novel melayu baru.. pastue bila tengok komen2 dari peminat2 novel..aku beli jugak novel nie..

Aku baca novel nie mula2 aku rase teruje.. Dalam hati tertanya2 apa akan jadi kat Sueraya?? Sueraya lumpuh sampai bila2 ke?? Camner dengan perasaan Firrhan..Nak ker dia kahwin dengan Sueraya?? Siapa yang buat Sueraya lumpuh?? Mak Sueraya kenapa benci sangat dengan Sueraya?? Kenapa Sueraya boleh lumpuh?? 

Selepas Suraya sihat.. aku dah cam tak teruje nak baca.. novel yang patut leh abes malam tue gak aku sambung esok malam *padahal aku selalu abeskan baca novel b4 tido* 

Aku tak cakap novel nie tak bagus, mungkin kerana citarasa aku yang berbeza.. Jalan cerita yang mudah..*tiada konflik rumit yang macam aku suka* Sikap Sueraya bagi aku yang terlalu perfect *tak semua manusia perfect* Dah lah aku tak nak komen banyak... 3/5 bintang..

Tahniah buat Akak Ain Marissa telah berjaya menghasilkan karya yang bagus *ingat senang ker nak dapatkan idea wat novel* 










p/s: aku bukan pakar analisis novel..apatah lagi penulis novel.. bukan jugak editor novel.. aku hanyalah pencinta novel yang hanya mempunyai citarasa dan pendapat sendiri yang mungkin lain dari orang lain.. 

p/s/s: baru beli lagi 2 novel melayu.. hope sangat tak mengecewakan jiwa raga aku.. <3

No comments: