Thursday, June 9, 2011

NOVEL: 7 Hari Mencintaiku


Assalamualaikum semua!!! arinie aku nak cite pasal novel ar pulak.. aku nie mmg ketagih gler kalu nak beli n baca novel.. tok pes novel aku nak story mory pasal novel terbaru dari SITI ROSMIZAH

mari wat ombak dulu~~~~~~~ huhuh siyus aku minat gler2 novel2 dari akak SITI ROSMIZAH nie.. dari pes novel dia sampai novel ke empat dia nie memang novel dia tak pernah kecewakan hati dan jiwa raga aku..

Aku nak citer novel ke empat beliau ~7 HARI MENCINTAIKU~ jom baca sinopsis kat bawah nie dulu....

* * *

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


* * *

amacam teruje tak nak baca??? 3/4 kot dari novel nie wat aku rasa menyampah gler kat perangai Mia Adriana.. lelaki macam Khuzairi jer leh suka kat Mia nie.. kalu aku ar lelaki.. memang pelempang dah aku bagi.. hahaha... asal aku cakap cam nie?? nak tau kenapa?? beli ar novel nie cepat2 huhuh..^.^;

aku leh bagi 5star tok novel nie... so aper lagi beli ar.. dan yang tak nah beli lagi novel dia yang len.. cepat2 beli aritue aku tgk ader lagi stok novel dia yang len.. banyak lak tue...


Novel ke-3 beliau..

novel ke-2
novel pertama beliau yang wat aku menages tak henti2...


JANGAN LUPA TAU BELI!!!










p/s:cik Honey belikan novel baru tok saya leh?? bosan ar.....

2 comments:

StrewberiManis =) said...

iza, suka baca novel eh?
same la dgn kita dulu
asal date or keluar je,
mesti nak beli novel

pastu dan2 tu jugak nak abeskan kan?
gile eksited sbb nak tahu ape jd seterusnya :P

kamu mcm tu jugak ke?
ke haku je yg over?
hahahha

NurIzza said...

hahahah aku mmg mcm ko gak ar... xcited nyer tuhan jer tau.. mmg gler..

sem nie aku ngah bz nak submit asgmnt... masa petang nak pi makan aku stop beli novel jap.. aper lagi mmg malam tue aku baca novel (satu malam jer baca tak lamer huhu) asgmnt tak siap.. hahah gler mamg gler..