Monday, February 8, 2010

MASIH ADA YANG SAYANG III 2010


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t
Syukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan kurnia-NYA, program MASIH ADA YANG SAYANG III ini walaupun telah banyak kali ditangguhkan dan pelbagai masalah yang datang menimpa, program dapat dilaksanakan dengan berjayanya

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pelajar-pelajar dari Yayasan Al-ijabah, Ustad-ustad dan ustazah-ustazah Al-ijabah, tidak lupa juga kepada guru pengiring GPMS UiTM Shah Alam, Ustazah Siti Norida bt Abd Kadir kerana bersama-sama menjayakan program ini dengan memberikan tunjuk ajar kepada kami yang masih belajar. Insyallah, hubungan yang telah terjalin ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Tidak lupa kepada NEKMAT, Koperasi Kakitangan Maju ikan Berhad, Sogo, Giant dan individu yang terlibat kerana telah menaja dan memberi sumbangan serba sedikit untuk program MAYS III.

Kepada sahabat-sahabat AJK Pelaksana, Saya amat berbangga dengan komitmen yang telah anda berikan dan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjayakan program MAYS III.


Tidak lupa juga kepada penasihat GPMS, senior2 dan peserta-peserta. Tanpa anda program ini tak dapat dijalankan..Hanya Allah S.W,T yang mampu membalas budi dan jasa anda semua..
Akhir sekali, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekuranggan, terkasar bahasa, terkecil hati selama saya mengendalikan program MAYS III bersama anda semua… Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri…
Wassalam…


Pengarah Program Masih Ada Yang Sayang III
Nur Izzatulhidayah bt Shaharuddin

3 comments:

FEI MAO said...

Congrats dear...^_^

Andung said...

Congrats rusa...^.^

NurIzza said...

thx dear..... ^_^
thx ane... wahahah... ^.^